/* */
blogger template

Mohd Daharudin Haji Daud

Hamba Allah Sepenuh Masa
circular--squareMohd Daharudin Haji Daud2.8K friends circular--square2circular--square3circular--square4circular--square5circular--square6circular--square7circular--square8circular--square9 circular--square10circular--square11 circular--square12circular--square13 FriendsMessage

Tahlil dan Doa

1. Muqaddimah (Permulaan Tahlil).

- إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَحَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَ وَإِلَى اَرْوَاحِ أَبَائِهِ وَإِخْوَانِهِ مِنَ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ صَلَوَاتُ اللهِ وَسَلَامُهُ عَلْيِهِ وَعَلْيِهِمْ أَجْمَعِينَ وَعَلَى آل كُلِّ الصَّحَابَةِ وَالْقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعِ التَّابِعِين لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ وَإِلَى أَرْوَاحِ وَالِدِيْنَا وَمُعَلِّمِيْنَا وَمَشَايِخِنَا وَذَوِى الْحُقُوْقِ عَلَيْنَا أَجْمَعِيْنَ شَيئٌ لِلَّهِ لَهُمُ الفاتحة

“Buat Penghulu kami, kekasih hati kami, pemberi syafaat kami, Nabi Muhammad SAW, dan kepada keturunan moyang Baginda serta saudara-saudara Baginda di kalangan Para Nabi dan Rasul, salam sejahtera buat semuanya, Juga buat ahli keluarga para sahabat Baginda, kaum kerabatnya, para Tabi'ien, para pengikut para Tabi'ien selepasnya sehinggalah hari Qiamat. Serta kepada arwah ibubapa kami, guru-guru kami, dan juga ke atas mereka yang ada kaitan dengan kami kesemuanya. Bacaan dan pahala Al-Fatihah ini kami tujukan (hadiahkan) kepada mereka semua. Al-Fatihah…”

2. Al-Fatihah.

اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الَّمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّيْنَ. آمِينْ

“Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami sembah. Hanya kepada-Mu pula kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Kau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Perkenankanlah Ya Allah”

3. Surah Al-Ikhlas (Dibaca sebanyak 3 kali).

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ. اَللهُ الصَّمَدُ. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ. وَلَمْ يَكٌنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada beranak, dan tidak pula diperanakkan; Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Nya (yang serupa dengan-Nya).” (3 kali).

4. Tahlil dan Takbir.

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ

“Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah Maha Besar.”

5. Surah Al-Falaq.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ. مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ اِذَا وَقَبَ. وَمِنْ شَرِّ النَّفَاثاتِ فِى الْعُقَدِ. وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ اِذَا حَسَدَ

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Aku berlindung kepada tuhan yang menguasai waktu subuh dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.’”

6. Tahlil dan Takbir.

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ

“Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah Maha Besar.”

7. Surah An-Nas.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. قُلْ اَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ. مَلِكِ النَّاسِ. اِلَهِ النَّاسِ. مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ. الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُوْرِ النَّاسِ. مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia,. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”

8. Tahlil dan Takbir.

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ

“Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Allah Maha Besar.”

9. Surah Al-Fatihah.

اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الَّمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّيْنَ. آمِينْ

“Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami sembah. Hanya kepada-Mu pula kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Kau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Semoga Kau kabulkan permohonan kami.”

10. Awal Surah Al-Baqarah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. المّ. ذَلِكَ الكِتابُ لاَرَيْبَ فِيْهِ هُدَى لِلْمُتَّقِيْنَ. الَّذِيْنَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ. وَالَّذِيْنَ يُؤْمِنُونَ بِمَا اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمَا اُنْزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْاَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ. اُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ، وَاُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alif Lam Mim. Demikian itu kitab ini tidak ada keraguan padanya. Sebagai petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada kitab Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari tuhannya. Merekalah orang orang yang beruntung.”

11. Surah Al-Baqarah ayat 163.

وَاِلَهُكُمْ اِلَهٌ وَّاحِدٌ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ

“Dan Tuhan kalian adalah Tuhan yang Maha Esa. Tiada tuhan yang layak disembah kecuali Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

12. Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)

اللهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَاْ خُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَّهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الْاَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِنْدَهُ اِلاَّ بِاِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَينَ اَيْدِيْهِمِ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلاَ يُحْيِطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ اِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالْاَرْضَ، وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمُا، وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيْمُ

“Allah, tiada yang layak disembah kecuali Dia yang hidup kekal lagi berdiri sendiri. Tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberikan syafa’at di sisi-Nya kecuali dengan izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui sesuatu dari ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat menjaga keduanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

13. Surah Al-Baqarah ayat 284-286.

لِلَّهِ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الْاَرْضِ. وَاِنْ تُبْدُوْا مَا فِى اَنْفُسِكُمْ اَوْ تَخْفُوْهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللهُ. فَيَغْفِرُ لَمِنْ يَّشَاءُ وَيُعْذِّبُ مَنْ يَّشَاءُ. وَاللهُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ. اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَا اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُوْنَ. كُلٌّ اٰمَنَ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ. لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهِ. وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ. لَا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا. لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ. رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا اِنْ نَسِيْنَا اَوْ اَخْطَاْنَا. رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا. رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ. وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ

“Hanya milik Allah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Jika kamu menyatakan atau merahasiakan apa saja yang di hatimu, maka kamu dengan itu semua tetap akan diperhitungkan oleh Allah. Dia akan mengampuni dan menyeksa orang yang dikehendaki. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Rasulullah dan orang-orang yang beriman mempercayai apa saja yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya. Semuanya beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan kepada para utusan-Nya. ‘Kami tidak membeza-bezakan seorang rasul dari yang lainnya.’ Mereka berkata, ‘Kami mendengar dan kami mentaati. (kami pohonkan) keampunanMu, wahai Tuhan kami, yang kami harapkan. Hanya kepada-Mu tempat kembali.’ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir,” (Surah Al-Baqarah ayat 284-286).

14. Surah Hud ayat 73 (Dibaca sebanyak 3 kali).

يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ ارْحَمْنَا

“Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, kasihanilah kami, ” (3 kali).

وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ اَهْلَ الْبَيْتِ اِنَّهُ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ

“Dan rahmat Allah serta berkah-Nya (kami harapkan) melimpah di atas kamu sekalian wahai ahlul bait. Sungguh Dia Maha Terpuji lagi Maha Pemurah,” (Surah Hud ayat 73).

15. Surah Al-Ahzab ayat 33.

اِنَّمَا يُريِدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ اَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيْرًا

“Sungguh Allah berkehendak menghilangkan segala kotoran padamu, wahai ahlul bait, dan menyucikanmu sebersih-bersihnya,” (Surah Al-Ahzab ayat 33).

16. Surah Al-Ahzab ayat 56.

اِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ، يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيْمًا

“Sungguh Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat untuknya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

17. Selawat ke atas Nabi.

ٱللَّهُمَّ صَلِّ أَفْضَلَ صَلَاةٍ عَلَى أَسْعَدِ مَخْلُوْقَاتِكَ حَبِيبِ الله مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ، عَدَدَ مَعْلُوْمَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُوْنَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِكَ الْغَافِلُوْنَ

“Ya Allah, tambahkanlah rahmat dan kesejahteraan untuk pemimpin dan tuan kami Nabi Muhammad SAW, serta keluarganya, sebanyak pengetahuan-Mu dan sebanyak tinta kalimat-kalimat-Mu pada saat zikir orang-orang yang ingat dan pada saat lengah orang-orang yang lalai berzikir kepada-Mu.”

ٱللَّهُمَّ صَلِّ أَفْضَلَ صَلَاةٍ عَلَى أَسْعَدِ مَخْلُوْقَاتِكَ شَمْسِ الضُّحَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ، عَدَدَ مَعْلُوْمَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُوْنَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِكَ الْغَافِلُوْنَ

“Ya Allah, tambahkanlah rahmat dan kesejahteraan untuk pemimpin dan tuan kami Nabi Muhammad SAW, serta keluarganya, sebanyak pengetahuan-Mu dan sebanyak tinta kalimat-kalimat-Mu pada saat zikir orang-orang yang ingat dan pada saat lengah orang-orang yang lalai berzikir kepada-Mu.”

ٱللَّهُمَّ صَلِّ أَفْضَلَ صَلَاةٍ عَلَى أَسْعَدِ مَخْلُوْقَاتِكَ بَدْرِ الدُّجَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ، عَدَدَ مَعْلُوْمَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُوْنَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِكَ الْغَافِلُوْنَ

“Ya Allah, tambahkanlah rahmat dan kesejahteraan untuk pemimpin dan tuan kami Nabi Muhammad SAW, serta keluarganya, sebanyak pengetahuan-Mu dan sebanyak tinta kalimat-kalimat-Mu pada saat zikir orang-orang yang ingat dan pada saat lengah orang-orang yang lalai berzikir kepada-Mu.”

18. Salam Nabi

وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللهُ تَبَارَكَ تَعَالَى عَنْ سَادَاتِنَا اَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ اَجْمَعِيْنَ

“Semoga Allah Yang Maha Suci dan Tinggi meredhai para sahabat Rasul kami (Nabi Muhammad) kesemuanya.”

19. Surah Ali Imran ayat 173 dan Surah Al-Anfal ayat 40.

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ. نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

“Cukup Allah bagi kami. Dia sebaik-baik wakil. (Surah Ali Imran ayat 173). Dia sebaik-baik pemimpin dan penolong,” (Surah Al-Anfal ayat 40).

20. Hauqalah.

وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ الْعَظِيْمِ

“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Agung.”

21. Istighfar (Dibaca sebanyak 3 kali).

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوم وَأَتُوبُ إِلَيْه

“Saya mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung.”. (Allah) yang tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup, lagi Terjaga. Aku bertaubat kepada-Nya.” (3 kali)

22. Tahlil.

أَفْضَلُ الذِّكْرِ فَاعْلَمْ اَنَّهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اللهُ

“Sebaik-baik zikir–ketahuilah–adalah lafaz ‘La ilāha illallāh’, tiada tuhan selain Allah.”

23. Tahlil (Dibaca sebanyak 100 kali).

لَا إِلَهَ اِلَّا اللهُ

“Tiada tuhan selain Allah.” (100 kali).

لَا اِلَهَ اِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللهِ

“Tiada tuhan selain Allah. Nabi Muhammad SAW utusan-Nya.”

كَلِمَةُ الْحَقِّ عَلَيْهَا نَحْيَا وَعَلَيْهَا نَمُوْتُ وَبِهَا نُبْعَثُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى مِنَ الآمِنِيْنَ بِرَحْمَتِهِ وَكَرَامِهِ. الْفَاتِحَة

“Dengan kalimat itu, kami hidup. Dengannya, kami wafat. Dengannya pula insya Allah kelak kami dibangkitkan termasuk orang yang aman, dengan rahmat dan kemuliaan-Nya Al-Fatihah.”

24. Al-Fatihah.

اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الَّمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّيْنَ. آمِينْ

“Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami sembah. Hanya kepada-Mu pula kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Kau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Semoga Kau kabulkan permohonan kami.”

25. Doa Tahlil.

الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا شَاكِرِينَ حَمْدًا يُّوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِىءُ مَزِيْدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

“Segala puji bagi Allah Penguasa Alam Semesta, sebagaimana orang yang bersyukur dan orang yang mendapat banyak kenikmatan memuji-Nya. dengan pujian yang sepadan dan nikmat-Nya dan memungkinkan pertambahannya. Wahai Tuhan kami, pujian hanyalah untuk-Mu, sebagaimana yang layak akan kemuliaan Zat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.”

ٱللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّأَتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .

“Ya Allah, limpahkan rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang melaluinya Engkau selamatkan kami dari semua keadaan yang menakutkan dan membahayakan, dengan rahmat itu Engkau datangkan segala hajat kami, membersihkan segala keburukan kami, mengangkat kami ke darjat yang tinggi, menyampaikan kami ke puncak tujuan dari semua kebaikan sewaktu hidup dan sesudah mati, limpahi juga rahmat kepada ahli keluarga Baginda serta para sahabatnya dengan rahmat-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

سُبْحَانَكَ لَا نُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ، فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى وَلَكَ الحَمْدُ إِذَا رَضِيْتَ وَلَكَ الحَمْدُ بَعْدَ الرِّضَى

“Maha suci Engkau, kami tak akan mampu menghitung pujian yang layak bagi-Mu, sepertimana pujian-Mu ke atas diri-Mu sendiri. Maka hanya bagi-Mu segala pujian hingga Engkau redha kepada kami, hanya bagi-Mu pujian ketika EngKau meridhai kami dan segala puji bagi-Mu sesudah Engkau meredhai.”

ٱللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلأَوَّلِيْنَ وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الْآخِرِينَ وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الْمَلَإِ اْلأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ حَتَّى تَرِثَ اْلأَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

“Ya Allah, limpahkan rahmat kepada pemimpin kami Nabi Muhammad SAW. beserta keluarganya sebanyak selawat yang diucapkan orang-orang terdahulu dan kemudian, dan sebanyak ciptaan yang ada di langit sampai hari kiamat. Limpahkan selawat (rahmat) dan kesejahteraan kepada pemimpin kami Nabi Muhammad saw. sehingga diwarisi bumi, Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi”

ٱللَّهُمَّ اجْعَلْ وَأَوْصِلْ ثَوَابَ مَا قَرَأْنَاهُ مِنَ اْلقُرْأنِ الْعَظِيْمِ . وَمَا هَلَّلْنَاهُ مِنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَمَا اسْتَغْفَرْنَاهُ وَمَا قُلْنَاهُ مِنْ يَا اَللهُ، وَمَا صَلَّيْنَاهُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ فِى هذِهِ اْلسَّاعَةِ اْلمُبَارَكَةِ هَدِيَّةً مِنَّا وَاصِلَةً، وَرَحْمَةً مِنْكَ نَازِلَةً، وَبَرَكَةً شَامِلَةً، وَصَدَقَةً مُتَقَبَّلَةً، نُقَدِّمُهَا وَنُهْدِيهَا إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَّسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Ya Allah, terimalah dan sampaikanlah pahala bacaan Al-Qur'an kami, tahlil kami, taubat kami, selawat kami di waktu yang penuh berkat ini, sebagai hadiah yang sampai dan rahmat-Mu yang turun, keberkatan yang sempurna, sedekah yang diterima, yang kami persembahkan dan hadiahkan untuk Nabi Muhammad SAW yang mulia.”

ثُمَّ ثَوَابًا مِثْلَ ثَوَابِ ذَلِكَ مَعَ مَزِيْدِ بِرِّكَ وَإِحْسَانِكَ إِلَى أَرْوَاحِ مَنِ اجْتَمَعْنَا هَا هُنَا بِسَبَبِهِمْ، وَخُصُوْصًا إِلَى رُوْحِ الْمَرْحُوم __________ بن __________، وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ وَمَنْ يَنْتَسِبُ إِلَيْهِ أَجْمَعِيْن

“Dan sampaikanlah pahala dengan ditambah dengan kebaikan serta rasa kasih sayang-Mu buat arwah-arwah yang kerana mereka kami berkumpul di sini, terutamanya kepada al-Marhum _______________ bin _______________, dan seluruh keturunannya.”

أَوْصِلِ ٱللَّهُمَّ ثَوَابَ ذَلِكَ مِنَّا إِلَيْهِمْ ، وَاجْعَلْهُ نُوْرًا يَسْعَى وَيَتَلأْلأُ بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ، ضَاعِفِ ٱللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ وَرِضْوَانَكَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ

“Ya Allah, sampaikanlah pahala daripada kami ini buat mereka. Jadikan ia sebagai cahaya yang menerangi di antara mereka. Tambahkanlah rahmat-Mu dan keredhaan-Mu ke atas kami dan juga buat mereka.”

ٱللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَكَاكًا لَهُمْ مِنَ النَّارِ، وَنَجَاةً لَهُمْ مِنَ النَّارِ، وَسِتْرًا لَهُمْ مِنَ النَّارِ، وَفِدَآءً لَهُمْ مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, jadikan selawat itu pemisah, penyelamat, pendinding dan penebus mereka dari api neraka.”

ٱللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ (3 كالي)

“Ya Allah, berilah keampunan buat mereka, rahmatilah mereka (dengan kasih sayang-Mu), berilah keafiatan (kesejahteraan) dan kemaafan kepada mereka.” (Dibaca sebanyak 3 kali)

ثُمَّ ثَوَابًا مِثْلَ ثَوَابِ ذَلِك إِلَى أََرْوَاحِ وَالِدِيْنَا وَمَشَايِخِنَا وَوَالِدِيْهِمْ وَمَشَايِخِهِمْ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ مِنْ مَشَارِقِ اْلأَرْضِ إِلَى مَغَارِبِهَا

“Kemudian sampaikanlah pahala ini kepada arwah-arwah ibubapa kami, guru-guru kami, ibubapa mereka dan juga guru-guru mereka. Juga kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat di Timur mahupun di Barat.”

ٱللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فِى صَحَآئِفِنَا وَصَحَآئِفِ وَالِدِيْنَا وَمَشَايِخِنَا وَالسَّادَاتِ الْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ عُمَّ الْجَمِيْعَ بِالرَّحْمَةِ وَالرِّضْوَانِ، وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِى فَسِيْحِ الْجِنَانِ يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا بَدِيْعَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

“Ya Allah, jadikanlah kami dan rakan-rakan kami dan rakan ibubapa kami juga dengan sekelian yang hadir dan ibubapa mereka semuanya berada dalam rahmat dan kasih sayang (keberkatan). Masukkan kami dan mereka ke dalam syurga-Mu yang saujana luas, Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, penganugerahan yang mengindahkan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

ٱللَّهُمَّ انْقُلْهُمْ مِنْ ضِيْقِ الْقَبْرِ وَاللُّحُوْدِ إِلَى جَنَّتِكَ جَنَّاتِ الْخُلُوْدِ، إِلَى ظِلٍّ مَّمْدُوْدٍ، وَمَآءٍ مَّسْكُوْبٍ، وَفَاكِهَةٍ كَثِيْرَةٍ لاَ مَقْطُوْعَةٍ وَلاَ مَمْنُوْعَةٍ، وَفُرُشٍ مَرْفُوْعَةٍ مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَآءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَحَسُنَ أُوْلَئِكَ رَفِيْقًا يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“Ya Allah, pindahkanlah mereka dari kesempitan lubang kubur dan lahad kepada syurga abadi-Mu, kepada naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk bersama orang-orang yang mendapat nikmat yang terdiri daripada para-para Nabi, pada siddiqin, para syuhada', orang-orang yang soleh dan orang-orang yang mendampingi mereka dengan baik, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

رَبَّنَآ ءاَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka.”

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

“Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya.”

سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ الْفَاتِحَة

“Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. Al-Fatihah.”

Al-Fatihah.

اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الَّمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّيْنَ.

“Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-Mu kami sembah. Hanya kepada-Mu pula kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Kau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.”

آمِينْ يَا الله آمِينْ يَا رَحْمَان آمين يَا رَحِيم آمِين يَا ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

“Perkenankanlah Ya Allah, Perkenankanlah Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Perkenankanlah Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Perkenankanlah Wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.”

Doa Tahlil Kedua.

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.”

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا دُعَاءنَا وَصَلَاتَنَا وَأَعْمَالَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا وَقِرَاءَتَنَا وَتَهْلِيلَنَا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْنَآ يَا مَولَانَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

“Ya Allah, perkenankanlah (terimalah) permintaan kami, solat kami, amal perbuatan kami, ketika kami berdiri dalam solat kami, ketika rukuk kami, ketika sujud kami, bacaan Al-Qur'an kami, tahlil kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Pemilik (Pelindung/Penguasa) kami, terimalah taubat kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang.”

دَعْوَىٰهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ ٱللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلََامٌ ۚ وَءَاخِرُ دَعْوَىٰهُمْ أَنِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

“Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!”

Home 2 © 2022. All Rights Reserved |

New Faceblog | Timeline | Home - Mohd Daharudin Haji Daud